Hari ini kecoh tentang pendakwah bebas terkenal, Ustaz Kazim Elias menarik diri daripada bertanding mewakili sebuah parti untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Susulan pengundurannya daripada bertanding dalam pilihan raya, ramai warganet mula bertindak menyindir pendakwah bebas tersebut dengan menyifatkan dia sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian.
“Mudah buat uturn,” kata seorang warganet.
“Pulak, dapat petunjuk ke ustaz,” sindir seorang lagi netizen.
Dalam pada itu, segelintir pihak turut melabel Ustaz Kazim Elias sebagai seorang ‘hati tisu’ dan tidak sesuai dalam bidang politik.
Menerusi ruangan komen Facebook BeautifulNara, ada juga segelintir netizen yang menyarankan supaya Ustaz Kazim mengelakkan diri daripada menyertai politik kerana bimbang akan memberi impak negatif terhadap kredibilitinya sebagai seorang pendakwah.
Untuk info, semalam Ustaz Kazim Elias telah menandatangani surat aku janji serta mengambil gambar profil sebagai calon untuk mewakili parti berkenaan.