Hati Seseorang Lebih Penting Daripada Cara Berpakaian-Tasha Shila

Hiburan

Hati Seseorang Lebih Penting Daripada Cara Berpakaian-Tasha Shila

Tasha Shila salah satu aktres yang dikurniakan dengan wajah jelita dan susuk tubuh badan yang boleh membuat mana-mana lelaki terpukau. Lumrah menjadi seorang selebriti, tentu sekali ada “keyboard warrior” yang akan mengkritik setiap tindak tanduk serta cara beliau berpakaian.

Sudah tidak tahan dengan komen negatif daripada pengikutnya di Instagram, Tasha telah membalas teguran mereka yang mempertikaikan cara pemakaian beliau. Malah, Tasha dalam kemaskini terkini beliau di laman sosialnya telah mendedahkan identiti 3 individu yang sering memberikan komen negatif.

Advertisement

Tindakan Tasha yang membongkar siapakah pengomen tersebut telah membuatkan beberap pihak menyifatkan artis itu tidak boleh ditegur. Namun, jelas Tasha tujuan beliau melakukan hal itu adalah ingin pengkritik merasa jika ia mudah atau tidak untuk menerima segala tomahan.

Saya tak marah cuma biarlah saya kongsikan bagaimana kamu tengok saya boleh tersenyum dan bahagia. Bukan senang jadi diri yg dikenali ramai lagi lagi berstatus selebriti. Selalu dihukum oleh manusia yang bijak pandai di dunia ini. Hakikatnya artis ini juga manusia seperti kamu.

Ada hati dan perasan, kita suka cari salah artis macam lah  kita baik sangat. Tak tutup aurat masuk neraka, perempuan akhir zaman, begitu skali pemikiran kalian. Ianya akan buat kamu tak pernah bersyukur. Nak sangat hati tu jadi macam artis. Jadi diri kita sendiri lebih bahagia.

Saya Tasha Shilla tetap jujur menjadi diri saya, biar tak tutup aurat dikepala tapi saya menjaga aurat hati lidah mulut saya. Yakinlah semua manusia hendak ke arah kebaikan, bagi semangat kepada mereka.

Teguran serta kritikan oleh peminat kepada artis di Instagram bukan lagi satu perkara yang baharu. Ramai yang hanya menilai luaran seseorang artis itu tanpa mengenali mereka dengan lebih dalam. Jika anda kata gosip itu sesuatu perkara tidak baik, apa pula dengan mereka yang tidak menghiraukan perasaan artis yang juga seorang manusia setelah memberikan komen terlajak melampau?

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...