“Hati Saya Tidak Pernah Tenang Ketika Bersama Kumpulan Raihan” – Nazrey Johani

Hiburan

“Hati Saya Tidak Pernah Tenang Ketika Bersama Kumpulan Raihan” – Nazrey Johani

Bekas ahli kumpulan nasyid terkenal, Nazrey Johani mendedahkan bahawa sebab utama dia menarik diri daripada terus berada dalam industri nyanyian adalah kerana hatinya tidak pernah berasa tenang.

Kata Nazrey yang ditemu bual dalam sebuah video, sepanjang dia berada dalam kumpulan Raihan, hatinya tidak tenteram dan menganggap ia sebagai satu tuntutan kerja semata-mata.

Advertisement

Selama saya dengan kumpulan Raihan, saya tidak pernah senang hati. Ketika bepergian ke luar negara, saya tidak pernah terfikir yang saya pergi sebagai selebriti, sebaliknya bekerja.

Dalam pada itu, Nazrey juga berkata bahawa dia selalu berdoa agar diberikan kekuatan untuk menarik diri daripada kumpulan nasyid popular itu tanpa perlu bermusuhan dengan anggota kumpulan yang lain.

Hati saya tidak tenang. Jadi saya berdoa diberikan jalan keluar secara baik daripada kumpulan Raihan.

14 tahun kemudian, Nazrey akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan nasyid yang terkenal dengan lagu 25 Rasul itu.

Malah, ketika menyatakan hasrat untuk keluar daripada Raihan, anggota kumpulan yang lain tidak pula memujuk dan merelakannya pergi.

“Sejak daripada itu saya sudah bebas daripada Raihan dan menjalani kerja-kerja dakwah di Sabah.” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syafiq kyle
2 years ago

"Saya Tak Cakap Nak Kahwin Tahun Depan, Tolong Jaga Hati Keluarga Kami" - Syafiq Kyle

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...