Hati Saya Tertutup Rapat Untuk Terima Mana-Mana Lelaki – Bella Astillah

Hiburan

Hati Saya Tertutup Rapat Untuk Terima Mana-Mana Lelaki – Bella Astillah

Melalui saat sukar sebelum ini dan sudah hampir dua bulan berpisah dengan bekas suami Aliff Aziz, penyanyi Bella Astillah memberitahu buat masa ini, pintu hatinya sudah tertutup untuk menerima mana-mana lelaki.

Advertisement

Bella ingin meneruskan kehidupannya dan memberikan fokus kepada keluarga dan kerjayanya.

Buat masa sekarang saya rasa masih terlalu singkat dan belum fikir soal jodoh. Saya hanya nak fokus pada dua benda iaitu keluarga dan cari rezeki. Hati saya betul-betul tertutup rapat untuk mana-mana lelaki buat masa ini.

Berbicara mengenai andainya ada peluang kedua buat bekas suaminya, Bella berkata dia menyerahkan soal itu kepada takdir. Namun, sekiranya tiada lagi jodoh antara mereka, Bella harap Aliff dapat melupakan dirinya.

Nak kata serik itu tidak sebab setiap pasangan yang berumah tangga pasti akan merasai ujian yang begini. Saya anggap ia takdir saya. Mungkin saya kena muhasabah diri dan perbaiki kekurangan yang saya tak nampak selama ini.

Kalau jodoh saya bersama Aliff, Alhamdulillah tapi kalau tidak pun saya harap masing-masing boleh move on dan bahagia kerana saya tidak mahu bermusuh.

Terdahulu, Aliff sudah beberapa kali memberikan bayangan dia mahu rujuk kembali dengan bekas isterinya itu. Melibatkan soal hati dan perasaan, Bella berkata dia tidak boleh menerima Aliff hanya disebabkan rasa simpati dan kasihan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...