“Hati Saya Tersentak Baca Surah Ar-Rahman..” – Betty Rahmad Kini Bertudung

Hiburan

“Hati Saya Tersentak Baca Surah Ar-Rahman..” – Betty Rahmad Kini Bertudung

Pelakon Betty Rahmad berkongsi kisah penghijrahannya yang kini tampil dengan imej bertudung sempena mengambil keberkatan kedatangan tahun baru iaitu Awal Muharram yang disambut pada tanggal 10 Ogos, Selasa lalu.

fazura
3 years ago

Kini Bertudung, Fazura Harap Isu Agama Tak Perlu Disensasikan

Advertisement

Kongsi Betty di akaun rasmi Instagramnya, dia mula terdetik untuk mengubah imej setelah melihat anaknya, Ardy Wira yang kini berusia dua tahun sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak untuk membaca Al-Quran.

Sebenarnya ini semua untuk diri sendiri. Setiap kali solat, saya berdoa kepada Allah supaya jadikan diri saya seorang yang lebih baik, beriman dan diberikan hidayah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad berkata dia mula melatih diri bangun dari tidur seawal 4.30 pagi bagi melakukan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, berdoa dan mengaji di balkoni rumahnya.

Tambahnya lagi, setiap pagi dia akan membaca surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah, namun terdapat satu ayat dalam kandungan surah Ar-Rahman yang benar-benar menjentik hatinya untuk berubah.

Hati saya tersentak setiap kali membaca ayat ‘nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan?’. Setiap pagi saya ulang membaca surah yang sama.

Betty Rahmad sekeluarga

Dalam pada masa yang sama, pemergian rakannya iaitu Allahyarham Siti Sarah juga menjadi asbab buat dirinya melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Kemunculan Betty dalam sesi siaran langsung yang dilakukan olehnya di Instagram turut disertai oleh kedua-dua kakaknya iaitu Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida yang terharu menyaksikan perubahan adik mereka itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...