“Hati Saya Sangat Risau, Mohon Doakan Isteri Saya” – Shahrol Shiro

Hiburan

“Hati Saya Sangat Risau, Mohon Doakan Isteri Saya” – Shahrol Shiro

Pelawak popular Shahrol Shiro berkongsi kebimbangan apabila isterinya, Nor Farhanah Syamimi, serta anak lelaki mereka, Iskandar Rizqi, antara rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai, Thailand susulan banjir kilat yang melanda daerah itu sejak beberapa hari lalu.

Menurut Shahrol, keadaan di Hatyai semakin membimbangkan apabila hujan lebat berterusan menyebabkan banyak kawasan dinaiki air dan jalan-jalan utama ditutup.

Advertisement

Dapat khabar berita dari isteri saya yang sedang bercuti di Hatyai. Hujan semakin lebat, banyak tempat banjir dan jalan dah ditutup.

Nak ke lapangan terbang pun dah tak boleh… saya di Sabah, hati seorang suami risau sangat memandangkan isteri bersama anak kami dan keluarga adiknya di sana.

Perkongsian itu dibuat menerusi hantaran di Instagram, sambil meluahkan kerisauan kerana keluarganya masih belum dapat keluar dari kawasan terjejas.

Dalam hantaran sama, Shahrol meminta orang ramai mendoakan keselamatan keluarganya serta semua rakyat Malaysia yang terperangkap banjir di Thailand.

Mohon titipkan doa kepada semua yang terlibat. Semoga situasi banjir kembali pulih. Kepada isteri saya, sayang… saya tahu awak mampu harungi.

Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sebelum ini menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke selatan Thailand berikutan bencana banjir.

Menurut Konsul Jeneral Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, hujan lebat berterusan menyebabkan banyak wilayah di selatan Thailand dinaiki air, termasuk Hatyai, Satun dan Songkhla.

Difahamkan, sekitar 4,000 rakyat Malaysia kini terkandas tetapi dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Thailand sedang mempergiat usaha menyelamatkan mereka agar dapat pulang secepat mungkin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-22 16:16:46

Fiza Frizzy Sindir Penyampai Radio ‘Berattitude’, Dakwa Perangai Sebenar Tak Seindah Di Media Sosial - "Tak Hadap Tak Hamak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...