“Hati Saya Bukan Robot” – Wanita Kesal Suami Buat Tak Endah Bila Suruh Datang Azankan Bayi Baru

Kehidupan

“Hati Saya Bukan Robot” –  Wanita Kesal Suami Buat Tak Endah Bila Suruh Datang Azankan Bayi Baru

Dikenali di platform media sosial kerana sering memuat naik video makan ulam, sayur-sayuran ataupun herba mentah, Cik Pia atau nama sebenar, Nursufia Johari  kini sedang menjalani satu dugaan besar dalam perkahwinan.

Cik Pia ada berkongsikan satu video di TikTok memaparkan dirinya menitiskan air mata kerana mengenang keadaan yang sedang dihadapi olehnya sewaktu hamil ketika ini.

Advertisement

Di dalam video tersebut, Cik Pia kelihatan memakai baju pink sementara menunggu waktu bersalin berasa pilu melihat para-para ibu mengandung ditemani suami disisi.

Difahamkan, hubungan perkahwinan mereka ketika ini tidak begitu baik hinggakan apabila wanita terbabit meminta si suami datang mengazankan zuriat, dia hanya mendiamkan diri tanpa memberi jawapan.

Sememangnya perkongsiaan tersebut meraih perhatian ramai dan rata-rata berasa simpati melihat Cik Pia terpaksa melalui perkara seperti itu sewaktu mahu bersalin.

komen netizen

komen netizen

Dalam pada itu, netizen meminta wanita yang bakal bergelar sebagai seorang ibu itu untuk tidak terlalu risau kerana segala perbuatan suaminya pasti akan terbalas juga satu hari nanti.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 3 juta tontonan dan hampir 200 ribu tanda suka diterima daripada pengguna platform tersebut.

suami berkira
2 years ago

"Aku Selalu Tunggu Sisa Anak Je.." - Isteri Terkilan Suami Terlalu Berkira, Siap Minta Jangan Tambah Nasi Bila Makan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...