Pengacara terkenal iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi baru-baru ini telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya yang telah meraih perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, Datuk Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil berkongsi pengalamannya apabila terserempak dengan seorang bapa muda ketika sedang menuruni eskalator di MRT Maluri.
Menurut Pak Nil, pemuda itu dilihat menghadapi kesukaran apabila terpaksa membawa stroller sambil mendukung anaknya.
Tanpa berlengah masa, Pak Nil terus menghulurkan bantuan dengan membantu mengangkat stroller bayi tersebut.
Tak susah pun nak tolong orang. Tak ambik masa kita pun… Di rakam tanpa perasan oleh PA Paknil.
Difahamkan, ibu kepada kakak-kanak itu kini sedang berada di Sabah menyebabkan lelaki itu terpaksa membawa anaknya bersiar-siar sendirian menaiki perkhidmatan awam.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat telah memuji sikap mulia Pak Nil yang suka menghulurkan bantuan kepada orang lain walaupun dalam sekecil hal sepeti mengangkat stroller anak pemuda tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.