March 12th, 2020

Nama Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah lekang dengan kontroversi, namun dia tidak serik dikecam dan dilabelkan sebagai seorang ‘attention seeker’. Padanya, mungkin ia sebagai satu strategi untuk membuatkan namanya terus popular dan secara tidak langsung melariskan lagi produknya.

bonda rozita aliff syukri berhenti menyanyi

Sudah lama berdiam diri apabila anaknya melakukan pelbagai perkara yang hanya membangkitkan kemarahan ramai, baru-baru ini Bonda Rozita Ibrahim tampil membuat teguran secara terbuka buat Aliff menerusi akaun Instagram.

Agak sebak apabila Rozita berkata ” kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak, keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak”.  Betapa sedihnya hati seorang ibu apabila anaknya berkelakuan tidak sepatutnya sehingga ada melabelkannya tidak pandai jaga anak.

“Letih, sesak dada mak dah. Tolong kasihankan maruah kami” – Rozita

 

Dia berasa kesal Aliff terus mencetuskan kontroversi dan terbaru memuat naik video tangisan ‘darah’ bagi mempromosikan single terbarunya. Harapannya cuma satu, Rozita mahu anaknya berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga.

Sudah puas menegur secara baik dan kasar, dia  tidak tahu apa lagi ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyedarkan Aliff. Rozita berkata, dia sudah tidak sanggup menanggung malu atas sikap anaknya itu.

bonda rozita aliff syukri berhenti menyanyi ibu aliff syukriRata-rata netizen turut merasa sebak mendengar luahan tersebut serta bersimpati dengan nasib Rozita dan memahami perasaan seorang ibu yang hatinya disakiti.

Ibu mana yang tidak sayangkan anak, setiap teguran itu tujuannya adalah demi memastikan anaknya menjadi seorang insan yang lebih baik. Jangan terus membiarkan hati ibu terluka sehingga parah, berubahlah demi kebaikan semua pihak.


8 responses to “Hati Mak Sakit Sangat- Bonda Rozita Minta Aliff Syukri Berhenti Menyanyi & Jangan Gilakan Publisiti”

  1. Pening Lalat says:

    dah org dia kepala batu, kan bonda mention kecik2 dah mmg susah nak dengar cakap, ini si Kri yg sakit, attention seeker, time dia gaduh dgn isteri dia, dah berbuih2 isteri dia cakap dan nasihat sama juga, tengok aja time beli motor, dah puluh2 ribu modify motor, takut pasal kena tangkap pasal pergi modify without approval, sembunyikan motor dlm rumah, x tercalon dlm AJL meroyan, mati2 cakap suara dia lebih sedap dari Faizal Tahir dan Anuar Zain, skg issue pasal dera Ameena, isteri pun kalau statement kalau suami dia salah biar aja polis ambil tindakan, terus keluar lagu ini dgn air mata darah lah konon, mcm dia lah victim in all these, bak cerita Seniman Bujang Lapol “Itu besar batu ada duduk atas kepala dia”

  2. Anonymous says:

    masa kecil dulu tak cukup kasih sayang keluarga ke? dah besar, jadi macam ni

  3. Mat Remp says:

    alah acik acah2 je.
    padahal tak kisah pon kan anak jd cmtu?
    janji kaya.

  4. Anonymous says:

    mak dan anak pun sama, kalau betul2 tegur mesti dia insaf

  5. Mira pizah says:

    Tah kenapa terhibur pulak aku dgn telatah mak dan anak ni..(utk kes ni)

Loading...