March 12th, 2020

Nama Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah lekang dengan kontroversi, namun dia tidak serik dikecam dan dilabelkan sebagai seorang ‘attention seeker’. Padanya, mungkin ia sebagai satu strategi untuk membuatkan namanya terus popular dan secara tidak langsung melariskan lagi produknya.

bonda rozita aliff syukri berhenti menyanyi

Sudah lama berdiam diri apabila anaknya melakukan pelbagai perkara yang hanya membangkitkan kemarahan ramai, baru-baru ini Bonda Rozita Ibrahim tampil membuat teguran secara terbuka buat Aliff menerusi akaun Instagram.

Agak sebak apabila Rozita berkata ” kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak, keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak”.  Betapa sedihnya hati seorang ibu apabila anaknya berkelakuan tidak sepatutnya sehingga ada melabelkannya tidak pandai jaga anak.

“Letih, sesak dada mak dah. Tolong kasihankan maruah kami” – Rozita

 

Dia berasa kesal Aliff terus mencetuskan kontroversi dan terbaru memuat naik video tangisan ‘darah’ bagi mempromosikan single terbarunya. Harapannya cuma satu, Rozita mahu anaknya berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga.

Sudah puas menegur secara baik dan kasar, dia  tidak tahu apa lagi ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyedarkan Aliff. Rozita berkata, dia sudah tidak sanggup menanggung malu atas sikap anaknya itu.

bonda rozita aliff syukri berhenti menyanyi ibu aliff syukriRata-rata netizen turut merasa sebak mendengar luahan tersebut serta bersimpati dengan nasib Rozita dan memahami perasaan seorang ibu yang hatinya disakiti.

Ibu mana yang tidak sayangkan anak, setiap teguran itu tujuannya adalah demi memastikan anaknya menjadi seorang insan yang lebih baik. Jangan terus membiarkan hati ibu terluka sehingga parah, berubahlah demi kebaikan semua pihak.


8 responses to “Hati Mak Sakit Sangat- Bonda Rozita Minta Aliff Syukri Berhenti Menyanyi & Jangan Gilakan Publisiti”

  1. Anonymous says:

    hahahaha…mak buat lawak..hahahaha

  2. Anonymous says:

    demi harta melimpah ruah, sanggup buat apa saja…. tp salute la isteri dia tu…. cuma ada satu pertanyaan ajani…. itu katergori isteri solehah atau isteri mata duitan iya…. huhuhu…..

  3. Malaikatmaut says:

    Sama je badigol.. Anak tu gila sbnrnya entah bila nk mampos pon tk tau lah… Hidup jadi punca dosa org lain… Mmg kesian kan mak nya tapi setakat meraih simpati kat ig ni tk jalan lah bonda oiii… Nonda pon mcm2 tunjuk kat ig kekayaan.. Org kaya ni mmg kalo tk betol2 allah bg gila je.. Mcm2 gila sampai… Si badigol krikkrikkrik ni baik kau mati cepat lah hidup jadi fitnah je… Victim sgt lah tu… Nnt betol2 nangis air mata darah kau muflis… Mak kau puji2 kau baik.. Tp kau anak derhaka lawan cko mak kau.. Dgn mak kau pon kau bodoh2 carutkan dia.. Mak kau cover gelak2 konin tk kisah la gurau anak beranak kepala hotak kau.. Anak org lain tengok jadi contoh.. Kau nnt anak2 kau yg konon hebat tu pulak buat kau mcm binatang… Bini kau bole la kau bodoh kan.. Taat sgt dgn laki bebal mcm kau ni… Melawan nnt tk dpt harta kan… Mati lah lg baik kecik2 tk nk mampos dah tua menyusahkan dunia… Kau ni mcm kuman covic jugak merbahaya..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...