Nampaknya, konflik di antara Fara Salleh dan suami, Shuk Sahar semakin meleret apabila beberapa individu lain turut disebut dan tidak semena-mena turut terpalit.
Sebelum ini, Fara turut menyebut nama bekas isteri Shuk, Rossa Sera selepas netizen mula mengkritiknya dan mengaitkan situasinya sekarang dengan kifarah.
Terbaru, menerusi Instagram story Fara telah menyebut pula tentang ibu Sera malah membuat dakwaan bahawa wanita berkenaan menghasut Shuk.
Tulis Fara, sebelum ini proses pendaftaran cerai di mahkamah ditangguh disebabkan Shuk tidak hadir dan didakwa kerana pergi bercuti bersama dua anaknya dan ibu Sera.
Hal ni dah dipersoalkan tapi malangnya En Shukri lari dari menjawab soalan ini sampai ke hari ini. Dita tak deny tapi dia menolak untuk jawab. Jadi, aku assume ada hasutan atau sebagainya dari pihak penjaga (nenek). Dah kenapa hamak sangat duit ke hamak sangat glam life?
Netizen berpendapat Fara semakin melebih-lebih kerana mengaitkan pula individu yang lain iaitu bekas isteri dan ibunya di dalam konflik ini.
Menerusi Threads, ada yang berpendapat hati Fara tidak tenang disebabkan dia tidak nampak kesalahan yang dilakukannya sebelum ini.
Tak kisah la apa kisah hidup Sera skrg, tapi punca runtuh rumah tangga dia dulu pun kau juga.. Maaf cakap hati kau sekarang ni tak tenang ebab kau ak pernah nampak apa salah kau sebelum ni.
Dalam pada itu, ramai turut mengkritik Fara kerana sebelum ini tidak beradab dan tidak menjaga bahasa apabila membuat hantaran kepada ibu dan bapa mentuanya.
Gila eh panggil mak pak mentua macam tu. Takde adab langsung.