Hati Ibu Adira AF Terguris Anaknya Diejek Sebagai Hantu Putih Di Instagram

Hiburan

Hati Ibu Adira AF Terguris Anaknya Diejek Sebagai Hantu Putih Di Instagram

Tak dapat dinafikan Adira AF mempunyai wajah yang cukup putih dan tidak mempunyai cela. Namun, ada segelintir peminatnya bersikap agak kurang ajar apabila mengejek beliau sebagai hantu di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Advertisement

Disebabkan kritikan tersebut, hati ibu Adira terguris apabila membaca segala komen negatif yang dilemparkan kepada anaknya.

Mereka memang selalu ejek saya hantu di Instagram, saya tidak kisah dan peduli sehingga pada minggu lalu ibu saya telefon dan menegur tentang perkara itu. Dia sungguh sedih apabila mereka menulis begitu biarpun hanya untuk bergurau. Lebih teruk ada yang mendoakan agar saya tidak boleh berjalan pada satu gambar di Instagram.

Adira yang ada membalas komen-komen biadap tersebut menyatakan beliau tidak pernah ingin bergaduh dengan peminatnya tetapi mahu mereka sedar tentang perasaan ibunya yang menangis ketika dengan komen mereka.

Saya jarang balas komen-komen di Instagram, namun bila ibu saya menangis dan sedih saya jadi marah dan ingin mereka tahu perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Kalau seorang dua sahaja tidak mengapa, ini tidak… mereka tag kawan-kawan yang lain supaya meninggalkan komen yang buruk-buruk pada gambar saya itu.

Tak mengapa Adira bersabar sahaja dengan sikap peminat macam ini, mereka sebenarnya cemburu melihat wajah anda yang putih gebu secara semulajadi. Biasalah, mereka ni ingat benda macam tu boleh bawa gurau tanpa sedar ia menyakitkan hati orang lain, hari ini mungkin Adira dikutuk but what goes around comes around..just wait for their turn.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...