Hati-Hati! Trending Di Sekolah Sekarang, Kanak-Kanak Makan Gula-Gula Ala Rokok Dan Vape

Trending

Hati-Hati! Trending Di Sekolah Sekarang, Kanak-Kanak Makan Gula-Gula Ala Rokok Dan Vape

Sewaktu zaman sekolah rendah, semua kanak-kanak amat gembira apabila dapat membeli jajan yang dijual di hadapan sekolah. Tidak kira gula-gula, ais krim, dan pelbagai makanan ringan menjadi kesukaan ramai kanak-kanak.

Tetapi, makanan yang dijual seperti jajan ini tidak elok untuk kesihatan kanak-kanak sejak dahulu lagi. Rata-rata kanak-kanak akan beli kerana senang terpengaruh dengan pujukan kawan-kawan dan juga si penjual.

Baru-baru ini kecoh di media sosial, sekumpulan kanak-kanak yang makan snek atau makanan ringan iaitu gula-gula yang dihisap dan kemudiannya dihembus seperti asap rokok.

Video ini tular dalam kalangan group WhatsApp ibu bapa apabila sekumpulan kanak-kanak sedang makan snek atau makanan ringan ini.

Advertisement

Dalam video ini, kanak-kanak lelaki lengkap berbaju sekolah sedang memakan gula-gula tersebut lalu menghembuskan asapnya seperti menghisap rokok.

Dikatakan, gula-gula ini dikenali sebagai ‘Ghost Smoke’ yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut, dijual kepada murid sekolah di Papar, Sabah.

Menurut Harian Metro, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Papar, Mohd Fauzi Sahat pada 10 Julai lalu telah mengingatkan ibu bapa supaya tidak membiarkan anak mereka membeli gula-gula terbabit.

Beliau menulis kenyataan itu dan menyebarkannya dalam kumpulan WhatsApp PIBG SK Pekan Papar sebelum tersebar dalam laman sosial Facebook.

Katanya, pada mulanya beliau hanya mahu berkongsi kesan negatif memakan gula-gula itu dalam kalangan ibu bapa di sekolahnya kerana bimbang mengenai ciri-cirinya yang sama seperti merokok.

Gula-gula ini menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak di sekitar pekan Papar baru-baru ini, malah turut menerima aduan daripada guru SK Pekan Papar mengenai gejala memakan gula-gula itu di sekolah berkenaan.

Aduan juga dibuat kepada Pegawai Kesihatan Daerah Papar dan tindakan pemeriksaan terhadap premis dan kajian terhadap kandungan gula-gula itu sudah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Papar.

Berdasarkan surat daripada Pejabat Kesihatan Papar, kajian terhadap gula-gula terbabit mendapati ia melanggar peraturan 11 (1), Peraturan-Peraturan Makanan 1983 iaitu tidak menyatakan kandungan aditif (bahan tambahan) makanan.

Beliau berharap ibu bapa lebih peka dan memantau anak-anak mereka supaya tidak membeli gula-gula Ghost Smoke itu.

Kebanyakan yang membeli gula-gula itu adalah murid darjah lima dan enam. Keadaan ini perlu dipantau kerana kita bimbang ia menjadi ikutan dan memberi kesan negatif kepada murid kita.

 

Jadi sebagai ibu bapa, anda semua perlu mengetahui segala perbelanjaan anak-anak anda di sekolah. Ingat! Pantau anak-anak anda supaya kesihatan mereka terjamin pada masa hadapan.

 

Sumber: Harian Metro

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...