Hati-Hati Semua Pengguna Myvi Baru! Tayar Kereta Anda Tarikan Pencuri Sekarang

Automotif

Hati-Hati Semua Pengguna Myvi Baru! Tayar Kereta Anda Tarikan Pencuri Sekarang

Zaman sekarang letak kereta dengan betul pun kena curi. Tidak tahulah manusia zaman sekarang suka sangat cari rezeki yang haram, lepastu menyusahkan orang sahaja.

Kes kecurian tayar semakin menjadi-menjadi bukan sahaja di Putrajaya tetapi di Pulau Pinang juga. Dipetik dari akhbar Cina Guang Ming Daily, lebih dari 20 unit Perodua Myvi telah menjadi mangsa kecurian tayar dan rim dalam masa terdekat ini.

Advertisement

Dikatakan kecurian ini dilakukan oleh kumpulan yang sama kerana modus operandi yang diggunakan adalah lebih kurang.

Bagaimana mereka curi tayar kereta Myvi ini?

Senang sahaja, Myvi itu dinaikkan ke atas batu bata sebelum tayarnya dicuri dalam masa beberapa minit sahaja.

Untuk mengelak perbuatan mereka dari dihidu, pencuri tersebut memilih untuk melakukannya di kawasan parkir kondominium dan flat, terutama yang tidak mempunyai kamera CCTV.


Namun begitu, ada juga pemilik-pemilik Myvi yang berkata kereta mereka diletakkan di pinggir jalan dan tayar mereka tetap dicuri.

Ekoran dari aduan orang ramai, ketua polis daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani berkata, pihaknya hanya terima satu laporan plis mengenai kes ini pada 5 Mei oleh seorang lelaki yang dia tayarnya dicuri.

Polis menasihatkan agar mangsa membuat laporan agar pihak polis dapat memantau segera dan menyiasat fenomena itu.

Menurut akhbar berbahasa Mandarin itu lagi, seorang pekerja kedai tayar berkata tayar lama Myvi berharga dalam lingkungan RM350 untuk empat unit.

Jika baharu, kosnya boleh mencecah hampir RM1,000, bergantung kepada jenama tayar.

Mungkin kerana permintaan yang tinggi dari pasaran kerana Myvi adalah antara kenderaan paling popular di Malaysia, dengan jualan melebihi 1 juta unit.

Menurut Careta, semua pemilik kereta dinasihatkan untuk menggunakan kunci skru tayar bagi menyukarkan kerja-kerja pencuri.

 

Jadi kepada anda yang memakai Myvi, berhati-hatilah dan letakkkan kereta anda di tempat yang lebih selamat.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...