Pernah tak anda rasa seperti diperhati bila berjalan di sekitar bandar terutamanya bila seorang diri?
Mungkin apa yang anda rasa akan menjadi realiti tak lama lagi jika anda berada di sekitar Pulau Pinang
Kenapa?
Pulau kecil di utara ini akan menjadi negeri pertama di Malaysia untuk memasang kamera mengenalpasti muka atau face recognition untuk mengesan dan menangkap penjenayah.

Sumber:Big Community
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A. Thaiveegan memberitahu bahawa kamera-kamera ini akan dipasang di tempat awam.
Bagaimana kamera itu berfungsi?
Kamera-kamera, yang beroperasi di tempat-tempat awam, akan mengenal pasti individu melalui sistem komputer yang disambungkan, kemudian akan menyemak wajah-wajah tersebut melalui rekod jenayah seseorang.

Sumber: Daily Mail
Polis kemudian akan dimaklumkan jika seseorang itu merupakan suspek “dikehendaki”, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A. Thaiveegan.
Bagaimanapun, idea itu masih dalam peringkat awal perancangan dan memerlukan kerjasama dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai.
Jaga-jaga, jangan buat sesuatu yang pelik di Pulau Pinang ya. Anda akan diperhati.
Sumber: The Star