Baru-baru ini, tular di platform media sosial memaparkan rakaman CCTV memperlihatkan beberapa wanita sedang menggunting rambut lelaki di sebuah kedai yang dipercayai terletak di Kedah.
Wanita bertudung potong rambut lelaki Melayu?
Video tersebut telah menarik perhatian ramai kerana jelas kelihatan beberapa pekerja wanita bertudung dan berbaju kurung menawarkan servis gunting rambut.
Hal yang membuatkan netizen rasa terkejut apabila pelanggan yang sedang gunting rambut bukannya wanita tetapi lelaki.
lepasni, kalau si suami cakap nak pergi gunting rambut kena tanya dia kat mana. pastu kena ikut dia. kita bukan apa, risau je kan tiba2 balik bukan rambut je baru, silap2 dapat madu baru pic.twitter.com/ejwTVKhIMx
— (@rabbaniahmad_) March 25, 2024
Hati-hati para isteri!
Susulan salon tersebut sudah wujud, pengguna yang memuat naik video berkenaan memberi pesananan buat kaum isteri agar mengawasi tingkah laku suami terutama jika mereka mahu pergi menggunting rambut.
Lepas ni, kalau si suami cakap nak pergi gunting rambut, kena tanya dia kat mana? Kemudian, kena (isteri) ikut dia,
Bahkan, individu tersebut sempat berseloroh bahawa si suami akan membawa ‘pulang’ madu selain mempunyai stail rambut baru.
Netizen cuba ‘korek’ lokasi salon
Kebanyakan netizen yang meninggalkan komen mahu mengetahui lokasi sebenar salon rambu tersebut, terutama sekali golongan lelaki yang ‘gatal’ mahu rambut mereka dipotong oleh wanita-wanita terbabit.