“Hati-Hati, Nanti Dia Tampar U Macam Tampar Ex Wife Dia” – View Chin Marah Mira Dalam ‘Live’ Sampai Nangis?

Kehidupan

“Hati-Hati, Nanti Dia Tampar U Macam Tampar Ex Wife Dia” – View Chin Marah Mira Dalam ‘Live’ Sampai Nangis?

Sebelum ini, nama pempengaruh, View Chin dan Mira sering diperkatakan susulan isu rumah tangga tersebar selepas bekas isteri mendedahkan lelaki itu berlaku curang.

Terbaru, di laman TikTok, tular video live TikTok View Chin bersama Mira sedang menjual barang dan ia meraih perhatian ramai kerana usahawan itu marah-marah di dalam live tersebut.

Advertisement

Dapat dilihat dalam video di atas, View Chin seakan-akan mahu Mira mempercepatkan proses penjualan tetapi nadanya membuatkan keadaan kelihatan tegang.

Bahkan, Mira turut kerap kali bertanya kepada influencer tersebut sama ada dirinya marah hingga membuatkan wanita itu juga hilang ‘mood’ mahu menjual.

komen

komen

Meninjau di ruangan komen, ada yang menasihati Mira untuk berhati-hati kerana kebarangkalian untuk lelaki itu mengasari dirinya sangat tinggi kerana pernah lakukan pada bekas isteri.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang merasakan ia cumalah marketing semata-mata untuk menaikkan nama mereka semula.

view chin islam
7 months ago

"Dah Sunat Laser Ke?" - View Chin Beri Salam Di Facebook, Warganet Spekulasi View Chin & Mira Dah Bernikah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...