Sebelum ini, nama pempengaruh, View Chin dan Mira sering diperkatakan susulan isu rumah tangga tersebar selepas bekas isteri mendedahkan lelaki itu berlaku curang.
Terbaru, di laman TikTok, tular video live TikTok View Chin bersama Mira sedang menjual barang dan ia meraih perhatian ramai kerana usahawan itu marah-marah di dalam live tersebut.
Dapat dilihat dalam video di atas, View Chin seakan-akan mahu Mira mempercepatkan proses penjualan tetapi nadanya membuatkan keadaan kelihatan tegang.
Bahkan, Mira turut kerap kali bertanya kepada influencer tersebut sama ada dirinya marah hingga membuatkan wanita itu juga hilang ‘mood’ mahu menjual.
Meninjau di ruangan komen, ada yang menasihati Mira untuk berhati-hati kerana kebarangkalian untuk lelaki itu mengasari dirinya sangat tinggi kerana pernah lakukan pada bekas isteri.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang merasakan ia cumalah marketing semata-mata untuk menaikkan nama mereka semula.