Siapa sangka percutian yang menjadi idaman bertukar menjadi mimpi buruk buat seseorang yang melancong ke Kota Cinta iaitu Paris bersama pasangan untuk melihat sendiri keindahan menara Eiffel.
Baru-baru ini seorang pemuda dari Malaysia sempat merakamkan aksi realiti sebenar di Kota Paris yang penuh dengan penyeluk saku yang pakar tanpa kita sedari. Anda boleh bayangkan mereka ini Ibarat kilat lalu barang anda sudah hilang begitu sahaja, sangat licik mereka ini.
Menurut saudara Naufal Bakhudin yang kini sedang berada di Paris, beliau secara tidak sengaja merakam aksi penyeluk saku yang profesional di sana dengan kamera GoPro miliknya.
Bagaimana mereka ini dikatakan sangat cilik? lihatlah aksi mereka, dimana dua orang wanita secara bersahaja membuka beg yang dibawa oleh wanita yang sedang berjalan dalam kumpulan Naufal. Seramkan? Pasti anda semua takut nak ke Paris.
“Berlaku depan aku hari ni seorang kawan kami di ‘picked pocket’ oleh geng yang sangat licik dan terlatih.
“Kebetulan kamera aku dalam mode 360 darjah dan dapat merakam aktiviti licik tersebut dari awal hingga akhir tanpa kami satu kumpulan sedar,” katanya.
Agak menakutkan untuk ke Paris? Pada anda yang ingin bercuti ke luar Negara berhati-hatilah, jaga semua barangan milik anda dengan betul.
Pasport anda paling penting untuk dilindungi jika berada di negara orang, seronok memanglah seronok tetapi berhati-hati ya. Jangan sampai anda semua tidak boleh pulang ke tanah air tercinta semula.
Video ini boleh dijadikan sebagai tauladan dan ingatan sampai bila-bila. Jangan takut untuk mengembara, pengalaman mengajar kita.