Sedia maklum, emas dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan biarpun harga sudah mencecah hingga RM500 segram.
Kadang-kala niat wanita memakai emas ini kerana mahu kelihatan lebih bergaya atau mempamerkan kekayaan mereka di platform media sosial.
Wanita pakai emas jadi sasaran penjenayah
Namun begitu, adakah korang tahu ketika ini banyak ‘mata’ penjenayah yang sedang memerhatikan emas yang dipakai oleh kaum wanita dan menjadi punca kes jenayah meningkat.
Harga emas yang kini sedang ‘melambung’ merupakan faktor utama penjenayah ‘target’ barang kemas dan mereka sama sekali tidak mempunyai rasa takut untuk meragut hingga mengancam nyawa mangsa.
Jangan terlalu menunjuk, banyak kes samun
Melalui laporan Sinar Harian, seorang wanita berusia 52 tahun telah disamun dan ditetak di kawasan belakang bangunan sebuah restoran yang terletak di Kulai Johor pada awal Aidilfitri lalu.
Malah, pada hari yang sama, terdapat seorang lagi wanita berusia dalam lingkungan 30-an turut menjadi mangsa samun kerana penjenayah mahukan emas yang sedang dipakai olehnya.
Disebabkan itu, kaum wanita dinasihatkan untuk tidak terlalu teruja ataupun menunjuk-nunjuk emas yang dipakai waktu ini kerana boleh mengundang bahaya serta menjadi sasaran penjenayah.