Perkongsian pelakon jelita, Nelydia Senrose di Instagram Story baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen terutamanya peminat aktres itu.
Dalam hantaran itu, Nelydia memberi bayangan seolah-olah hatinya telah hancur dan mengambil keputusan untuk terbang ke luar negara bagi mengubati perasaannya yang terluka.
Tulis pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen ini, dia ingin perbaiki semula sebahagian hatinya yang telah hancur.
Perbaiki semula sebahagian hati saya yang telah hancur. Saya tidak berapa baik, tetapi tidak mengapa.
Difahamkan, Nelydia kini sedang berada di luar negara bersama adik lelakinya untuk bercuti.
Perkongsian itu ternyata telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan warga maya.
Sekadar info, Nelydia telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan, Mohd Hafez Halimi pada 2019 setelah berkenalan sejak tahun 2017.