Pelakon jelita, Fiza Halim memaklumkan dia kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama sahaja algi.
Ditemui Melodi, Fiza berkata kali ini dia tidak mahu tergesa-gesa dan ingin fokus akan kerjaya.
Ya, saya memang sedang mengenali seseorang cumanya kami tidak tergopoh-gapoh. Kami masing-masing pernah berkahwin dan ada anak, jadi kami fokus kepada kerjaya. Bila ada masa baru kami berjumpa.
Di usia sebegini, bukan nak cari kekayaan, kesenangan atau kemewahan. Kita cuma nak bahagiakan jiwa dan tenangkan hati. Lebih kepada bersederhana sahaja. Di hujung usia ini, apa yang dimahukan adalah, sekurang-kurangnya kita tahu ada orang yang menyayangi diri ini.
Menganggap dirinya lebih tenang saat ini selain ingin mengambil iktibar daripada perkahwinan terdahulu, Fiza memaklumkan status jejaka tersebut merupakan seorang duda anak satu.
Dia duda anak satu, yang penting dia bukan suami orang. Tak nak jadi penyondol.
Dalam pada itu, Fiza juga menafikan dia lebih memilih untuk bersama lelaki kaya dan menyerahkan urusan jodoh kepada Allah S.W.T.
Sekadar info, Fiza pernah bernikah sebanyak tiga kali sebelum ini namun kecundang.
Dia juga mempunyai dua orang anak perempuan hasil perkongsian hidup bersama suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin.
Selainitu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.