“Hati Busuk, Kami Nampak Bila Dayah Balik Korang Cepat Je Keluar Dari Rumah” – Tular Dakwaan ‘Jiran’, Ali Puteh Fitnah Hidayah?

Hiburan

“Hati Busuk, Kami Nampak Bila Dayah Balik Korang Cepat Je Keluar Dari Rumah” – Tular Dakwaan ‘Jiran’, Ali Puteh Fitnah Hidayah?

Beberapa hari yang lalu, isu diantara balu Allahyarham Abam Bocey, Hidayah dan adik ipar, Ali Puteh kembali menjadi perhatian ramai. Lagi-lagi selepas pelawak tersebut memuat naik video kononnya kakak ipar mengguna sihir di kediaman abang.

Sebelum ini, Ali memberitahu Hidayah datang ke rumah yang kini didiami oleh adiknya tetapi sewaktu itu tiada siapa di rumah dan pelawak terbabit turut mempersoalkan kenyataan wanita terbabit yang seakan-akan berkata kedatangannya tidak dialu-alukan.

Advertisement

Terbaharu, tular satu paparan screenshot yang dimuat naik oleh adik Hidayah memaparkan kenyataan jiran-jiran arwah Abam berkata memang ada orang di dalam rumah ketika itu.

Menurut salah seorang jiran Abam yang memberi kenyataan itu, ada beberapa orang di dalam sewaktu Hidayah mengunjungi rumah terbabit dan mereka sekeluarga pantas keluar dari rumah setelah mengetahui Hidayah sudah pulang.

Dalam pada itu, ‘jiran’ terbabit turut tidak lihat ibu tunggal itu melakukan perbuatan syirik di kediaman tersebut.

Difahamkan, akaun milik kedua-dua individu sudah tidak dapat ditemui setelah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

1 year ago

Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Haiwan Luar Rumah Lepas Hidayah Pulang - "Cukuplah Abang Saya Derita"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...