Beberapa hari yang lalu, isu diantara balu Allahyarham Abam Bocey, Hidayah dan adik ipar, Ali Puteh kembali menjadi perhatian ramai. Lagi-lagi selepas pelawak tersebut memuat naik video kononnya kakak ipar mengguna sihir di kediaman abang.
Sebelum ini, Ali memberitahu Hidayah datang ke rumah yang kini didiami oleh adiknya tetapi sewaktu itu tiada siapa di rumah dan pelawak terbabit turut mempersoalkan kenyataan wanita terbabit yang seakan-akan berkata kedatangannya tidak dialu-alukan.
Terbaharu, tular satu paparan screenshot yang dimuat naik oleh adik Hidayah memaparkan kenyataan jiran-jiran arwah Abam berkata memang ada orang di dalam rumah ketika itu.
Menurut salah seorang jiran Abam yang memberi kenyataan itu, ada beberapa orang di dalam sewaktu Hidayah mengunjungi rumah terbabit dan mereka sekeluarga pantas keluar dari rumah setelah mengetahui Hidayah sudah pulang.
Dalam pada itu, ‘jiran’ terbabit turut tidak lihat ibu tunggal itu melakukan perbuatan syirik di kediaman tersebut.
Difahamkan, akaun milik kedua-dua individu sudah tidak dapat ditemui setelah mengeluarkan kenyataan sedemikian.