“Hati Busuk Bernanah..”- Anak Buat Baik Pun Dikecam, Normah Damanhuri Luah Rasa Terkilan

Hiburan

“Hati Busuk Bernanah..”- Anak Buat Baik Pun Dikecam, Normah Damanhuri Luah Rasa Terkilan

Pelakon veteran Normah Damanhuri baru-baru ini meluahkan rasa terkilan berikutan sikap segelintir netizen yang tak habis-habis mengecam anaknya, usahawan Liana Rosli di media sosial.

Jika sebelum ini pelakon filem 3 Janda Melawan Dunia itu telah menerima kejutan hadiah berupa kereta mewah daripada anak perempuannya itu, nampaknya ada juga yang berasa tidak senang duduk melihatkan kemesraan anak beranak ini.

Advertisement

Normah juga memuat naik tangkap layar komen netizen yang mendakwa Liana membuat kejutan itu semata-mata untuk ‘menutup’ kisah lampau dan buruk yang pernah terpalit sebelum ini.

Enggan mendiamkan diri, Normah dilihat membalas kenyataan individu tersebut di laman Instagram miliknya, semalam.

Kenapa hati kau busuk bernanah melihat kebahagiaan orang lain? Sentiasa bersangka buruk kepada anak aku, aku tak kacau hidup kau. Kenapa kau kacau kehidupan aku dan emosi aku.

Aktres itu juga turut membela anaknya dengan mengatakan Liana seorang anak yang baik dan penuh kasih sayang terhadap orang tuanya.

Terdahulu, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM telah dihentam hebat oleh netizen berikutan video tidak senonoh ‘menepuk punggung’ bersama beberapa usahawan lain menjadi tular baru-baru ini.

kak km janji tak buat 'content' tak senonoh
3 years ago

"Saya Janji Tak Buat Lagi.." - Tak Sangka Aksi Pukul Punggung Salah, Kak KM Serik Dipanggil SKMM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...