“Hati Aku Hancur.. Takde Dah Kucing Yang Selalu Kejut Subuh”, Kisah Sedih Kucing Bernama “Ebi” Akan Buat Korang Menangis

Trending

“Hati Aku Hancur.. Takde Dah Kucing Yang Selalu Kejut Subuh”, Kisah Sedih Kucing Bernama “Ebi” Akan Buat Korang Menangis

kucing

Kucing adalah haiwan comel yang juga haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Kebanyakan antara kita sudah tentu ramai yang memelihara haiwan ini. Mana tidaknya, dengan telatah yang manja, bersahaja dan seakan memahami apa yang tuan membelanya rasa tatkala dilanda masalah.

Advertisement

Admin ingin berkongsi kisah duka dimana seekor kucing walaupun tidak sempurna anggota badannya tapi memilki naluri yang begitu kuat dengan Tuannya hingga tuannya ini merasa kehilangan besar apabila kucing ini pergi dijemput ilahi.

Ikuti kisahnya..

‘Takde dah kucing yang wajib kejut subuh..’

Aku sayang ebi lebih dari sekadar seekor kucing. Yang tau kisah kucing aku dgn aku saja yg akan faham. 7-8 ekor anjing dewasa serang dia, ebi belum cukup 1 tahun, dia manja terlampau walaupun dia nakal. Takde dah kucing yg wajib kejut subuh, yg mmg akan datang cium pipi sebagai terima kasih selepas makan walaupun lepas tu nak keluar rumah. I cant get over it. Aku masih xfaham dlm byk2 kucing liar, kenapa ebi yang kena benda ni. Patutlah 2-3 hari ni melampau manja dia.

‘Aku tak boleh terima..’

Semalam pukul 2 pagi ada dengar bunyi anjing kuat gila. Terus cari ebi. Turun bawah, bukak gate, slow2 g tengok mmg ada benda terbaring atas tanah. Mintak2 bukan ebi, pejam mata slow2 jalan kearah benda tu. Dalam hati aku, tolong bukan ebi, tolong bukan ebi. Tapi aku silap, memang ebi. Aku hampir rebah. Kucing yg aku belai hari2 cium hari2 skrg depan mata aku berlumuran darah, badan dikoyak2, kepala aku xboleh fokus. Aku xboleh terima.

Dia kucing kampung yang tak comel tapi…

Perangai dia one of a kind. Kucing yang bukan sekadar kau syg dia sbb dia comel. Dia kucing kampung yg xcomel mcm kucing org, ekor dia pun cacat, kucing yg ada perasaan rindu bila kena boarding 3 hari dkt klinik, kucing yang tahu merajuk kalau lebihkan yg lain, kucing yang mintak teman makan kalau tak memang dia takkan makan, yang pandai berterima kasih, yg pandai memujuk atau memanggil kalau dia dapat tangkap sesuatu, yang tahu kalau aku nak g kerja dia akan baring atas katil mengiau mintak belai, yang tunggu depan pintu everytime kereta aku masuk parking.

‘Dia bestfriend, dia family..’

Dia comel dalam kekurangan dia tu. Allah, imagine lah kucing yg teman hari hari hidup bujang, yg kongsi almost everything walaupun aku tau dia xfaham. Tapi skrg aku rasa dia faham. Sbb dia dah ada dalam hati aku. Yes, ebi tu kucing je tapi dia bukan sekadar kucing. Dia bestfriend, dia family. Hati aku hancur.

Admin sendiri sebak bila membacanya. Tak mampu diluahkan dengan kata-kata. Mana mungkin pemilik ini menjumpai kucing yang sama seperti “Ebi”, atau memang “Ebi” tidak akan ada pengganti.

sumber : Abeden Mung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...