Kalau sebut nama Nur Sajat tentu anda semua tahu usahawa kosmetik ini sering terpalit dengan kontroversi dan dikecam netizen. Sajat mengibaratkan golongan “haters” sebagai penyampai “santau” di zaman moden yang tidak henti ingin menjatuhkan seseorang.
Jika di zaman dahulu, kalau ada yang tak berpuas hati dengan sesetengah pihak, mereka mempercayai aktiviti mistik serta boleh menghantar santau seperti santau angin, santau makanan dan sebagainya untuk menjatuhkan seseorang.
Zaman sekarang pula, haters yang terdiri daripada golongan keyboard warrior ini menjadi penyampai ‘santau’ di zaman moden. Tak perlu aktiviti mistik, mereka hanya menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Tujuan masih sama iaitu untuk menjatuhkan. Bagi saya, lebih baik jika golongan seperti ini tidak dilayan langsung kerana tak semua pihak akan berpuas hati dengan apa yang kita lakukan.
Sajat kini lebih memetingkan perasaan keluarga beliau dan bergaul dengan orang-orang yang positif. Dalam erti kata lain, beliau sudah tidak mahu mengambil peduli ataupun tertekan dengan mereka yang sering menghukum dirinya.