Sebelum ini, penyanyi lagenda, Datuk Hattan memaklumkan bahawa dirinya bakal bersara dari dunia seni pada bulan Jun tahun ini kerana mahu berehat selepas berpuluh tahun menjadi penyanyi.
Tak jadi bersara
Bagaimanapun, melalui sesi temubual bersama pihak Hlive, Hattan memaklumkan perancangan untuk bersara daripada menyanyi dibatalkan.
Ia susulan kerana mahu menunaikan hasrat terakhir arwah adik yang mahu penyanyi veteran itu meneruskan karier dalam dunia seni.
View this post on Instagram
Dengar kata-kata arwah adik
Memang nak bersara haritu tapi adik saya yang meninggal cakap ‘you nak berhenti’, saya pun terdiam.
Difahamkan, arwah adik Hattan tidak bersetuju dirinya bersara dan mensia-siakan bakat yang telah diberikan oleh Allah SWT, susulan itu dia mempertimbangkan niatnya untuk bersara.