Hasilkan Roti Canai Lembut Dan Sedap, Gadis Manis Si Penebar Roti Canai Ini Berkongsi Rahsia

Trending

Hasilkan Roti Canai Lembut Dan Sedap, Gadis Manis Si Penebar Roti Canai Ini Berkongsi Rahsia

Pada minggu yang lalu, viral di laman sosial apabila gambar seorang gadis cantik menebar roti canai di mana video tersebut ditonton seramai 500 ribu orang.

Advertisement

Ramai bertanya siapakah sebenarnya gerangan gadis ini. Untuk pengetahuan umum, beliau adalah Fatin Farhana Mohd Suad yang bermur 17 tahun. Dalam video berkenaan ketika beliau membantu di gerai ibunya yang terletak di Bidor Perak.

Menurt kenyataan Harian Metro, Fatin juga tidak lokek untuk berkongsi rahsia bagaimana untuk menghasilkan roti canai yang sedap dan lembut.

“Ibu mengajar saya menebar roti canai dan dia pesan pergerakan tangan dan tapak tangan mesti lembut untuk memastikan roti sedap. Kalau kasar tak menjadi,” katanya.

Video Fatin menebar roti canai juga mendapat perhatian di laman Facebook manakala di Instagramnya pula dia mendapat 20 ribu tontonan.

Anak keempat daripada lima beradik yang membantu ibunya di gerai ‘Kak Ita Corner’ di Bidor, Perak mengambil masa tiga hari berlatih menebar roti canai.

“Percubaan pada hari pertama dan kedua gagal kerana roti canai ditebar tidak lembut. Saya fikir nak bantu ibu, saya cuba lagi dan Alhamdulillah hari ketiga berjaya,” katanya.

Gerai ibunya, Rosmawati Che Omar, 42, yang terletak di Jalan Bruseh beroperasi pada setiap hujung minggu bermula 5 petang hingga 12 tengah malam.

A video posted by Fatin Kecik (@fatin744) on

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...