“Hasil Titik Peluh, Tak Pernah Tunjuk Kaya” – Pandu Kereta Mewah, Ramai Kagum Sifat ‘Humble’ Jep Sepahtu

Hiburan

“Hasil Titik Peluh, Tak Pernah Tunjuk Kaya” – Pandu Kereta Mewah, Ramai Kagum Sifat ‘Humble’ Jep Sepahtu

Siapa saja yang tidak kenal dengan pelawak serta penyampai radio, Jep Sepahtu yang sering kali menghiburkan hati peminat.

Biarpun namanya kini sudah terkenal sebagai seorang pelawak dan rezeki juga melimpah ruah, personaliti Jep sama sekali tidak pernah berubah serta dikenali sebagai seorang yang sangat merendah diri.

Advertisement

Baru-baru ini, rakan kerja iaitu Angah Raja Lawak ada memuat naik satu video memaparkan Jep sedang menaiki kereta untuk keluar dari kawasan parkir.

Video tersebut telah menarik perhatian warganet gara-gara kereta yang dinaiki oleh suami Sari Yanti itu adalah kereta berjenama mewah, Bentley.

Rata-rata netizen berasa kagum melihat kereta milik pelawak tersebut dan suka dengan personaliti Jep yang tidak pernah menunjuk kekayaan dimiliki olehnya selama ini.

komen netizen

komen netizen

 

Netizen turut berasa bangga melihat kejayaan Jep ketika ini kerana tahu banyak liku-liku kehidupan serta ujian yang dilalui olehnya sebelum berjaya dalam industri seni.

Jep sepahtu
12 months ago

Jep Sepahtu Kongsi Hukum Dosa Besar Jika Sambut Hari Ibu, Ramai Yang Tak Setuju?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...