Hasil Seni Jam Tangan Replika Yang Diperbuat Daripada Kertas

Trending

Hasil Seni Jam Tangan Replika Yang Diperbuat Daripada Kertas

Manabu Kosaka, seorang seniman yang berasal dari Saitama, Jepun, mempunyai bakat istimewa – beliau mencipta replika apa jua model jam tangan dengan hanya menggunakan kertas kualiti tinggi Kent. Kertas Kent ini diperbuat daripada pulpa kimia dan sering digunakan bagi tujuan lukisan kejuruteraan, reka bentuk grafik dan juga projek model 3 dimensi.

Advertisement

Hasil kerja Manabu yang sangat teliti ini telah membuatkan ramai terpegun dan ada di antara mereka yang keliru kerana menyangkakan jam tangan kertas yang dihasilkan adalah merupakan jam tangan yang sebenar. Dapatkah anda membayangkan bagaimana beliau dapat menghasilkan replika yang sempurna dengan hanya menggunakan kertas?

Mungkin hasil seni begini dapat dihasilkan dengan mudah dengan hanya menggunakan mesin pencetak 3D, namun tidak bagik Manabu yang lebih rela mengambil jalan jauh untuk menghasilkan replika ini. Beliau akan memulakan kerja ini dengan melukis reka bentuk jam pada kertas Kent, kemudian menggunakan peralatan seperti gam, mesin pengasah dan pisau bagi memotong bahagian yang diperlukan. Pinset pula digunakan bagi menggabungkan bahagian-bahagian kecil yang dihasilkan.

Menurut Manabu, beliau berkecimpung selama 15 tahun di dalam bidang ini bagi menghasilkan replika daripada kertas Kent. Hasil kerja kerasnya itu telah membuahkan hasil seni yang menakjubkan dan menurut beliau lagi, usaha gigih dan tidak putus asa telah membuatkan beliau menjadi seorang yang “istimewa”.

Manabu yang mempunyai akaun Twitter di bawah nama @coca1127, banyak memuat turunkan hasil karya yang diperbuat daripada kertas Kent. Namun hasil seninya yang lain tidak lah segempar replika jam tangan yang dihasilkan ini jika dibandingkan ketelitian dan kerumitan butirannya. Portfolio beliau merangkumi hasil kerja pemetik api zippo, kamera vintage dan juga seketul sushi.

Bagi mereka yang ingin memerhatikan dan mengikuti hasil seni sebelum dan terbaru beliau, anda bolehlah melawat laman Twitter dan Instagram beliau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...