“Hasil Mengemis Dapat RM500 Untuk 4 Jam” – Lelaki Hidup Senang Dengan Mengemis Di Pasar Malam, ‘Kantoi’ Miliki Proton X70 Flagship

Kehidupan

“Hasil Mengemis Dapat RM500 Untuk 4 Jam” – Lelaki Hidup Senang Dengan Mengemis Di Pasar Malam, ‘Kantoi’ Miliki Proton X70 Flagship

Satu perkongsian di Facebook oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya gara-gara aktiviti seorang individu ini yang beroleh kekayaan hanya dengan mengemis di pasar malam.

Dalam hantaran tersebut, pihak JKM Maran mendedahkan sindiket dan aktiviti seorang lelaki yang mampu meraih sehingga RM500 dalam tempoh empat hingga ke lima jam setiap hari.

Advertisement

Miliki kereta mewah hasil mengemis

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan turut memiliki sebuah kereta jenama Proton X70 hasil daripada meminta sedekah setiap hari.

Dia mengatakan kad pengenalannya berada dalam kereta. Penguatkuasa JKM mengekori lelaki itu ke keretanya. Percaya atau tidak, seorang yang tadinya berdiri meraih simpati orang ramai memandu sebuah Proton X70 Flagship.

Difahamkan, lelaki berkenaan turut menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450 sebulan sejak tahun 2001 lagi.

Dia juga mengaku kereta Proton X70 Flagship itu adalah miliknya. Menurutnya hasil pengemisan boleh mencecah sehingga RM500 bagi tempoh empat ke lima jam berada di pasar-pasar malam.

Dilepaskan setelah diberi amaran

Menurut pihak JKM, lelaki itu berlakon seperti pekak dan bisu namun sebaliknya manusia normal namum memiliki OKU fizikal di kedua-dua belah tangannya.

Lelaki itu kemudian dilepaskan dengan amaran oleh Penguatkuasa JKM setelah disoal siasat.

Perkongsian tersebut kemudiannya menuai pelbagai kritikan netizen yang rata-rata meluahkan rasa ‘kagum’ kerana lelaki itu mampu membeli kereta mewah hanya dengan pendapatan mengemis.

“Yang ada kerja tetap pun belum tentu mampu beli X70” komen seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

10 months ago

"Tulis Nama Ada, Cium Batu Pun Ada" - Mutawwif Kongsi Amalan Yang Dilarang Ketika Ziarah Jabal Rahmah, Boleh Jatuh Syirik!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...