December 1st, 2018

Walaupun sering dilanda kontroversi dan kecaman, nyata apa yang dilalui oleh jutawan kosmetik itu agak ‘berbaloi’ apabila beliau baru-baru ini cukup gembira saat menerima wang yang agak lumayan daripada Google Malaysia berjumlah RM53,000.

Ia adalah hasil daripada blog dan juga saluran YouTube beliau yang kini mempunyai hampir 340,000 pelanggan. Video beliau sering mendapat jumlah tontonan tinggi meskipun ada antara penonton hanya sekadar ingin memberikan komen mengecam beliau.

Tidak kedekut, Aliff menerusi satu video dilihat berkongsi wang ganjaran tersebut dengan isteri tercinta dan juga kakitangannya di pejabat.

Nampaknya semakin banyak kecman,  semakin murah rezeki Aliff dan beliau mengucapkan terima kasih kepada netizen yang sering mengutuknya. Siapa sangka disebalik sesuatu yang negatif ada juga keutungannya.


14 responses to “Hasil Kecaman Netizen, Aliff Syukri Dapat RM 53K Daripada Google”

  1. anon says:

    tu la netizan jgn layan jer en.aliffsyukri ni. korg ingat korg bg nasihat ke kat dia? pi la nasihat anak beranak, adik beradik korg dulu

  2. Anonymous says:

    Bkn youtube x bagi youtuber dedah pendapatan ke?????? Japgi kena blacklist la ni dgn youtube..bodo gilee mamat ni..

  3. Faraj says:

    Hahaha ..kelakor & gila plak Dato Alif ni

  4. Wow says:

    wow,tak penah lagi tgk youtuber dedah dapat brape bayaran.just wow…

  5. Chohkri Yulis. says:

    Sebab tu jangan tengok n buka laman sosial dia terus or pe2 bkaitan dgnnya.
    Benda x bkualiti n teruk TETAP X BKUALITI N TERUK.
    Ada hati nk masuk Ajl. Thu x konsep Ajl mcmana? Undian carta memangla org bleh undi or ko g gune duit bjuta ko undi….tp separuh nk ke final 100% oleh juri profesional. Sbb tu geng2 Ayda jebat n sewaktu dgnnya xkn ke final. Ko de rezeki bleh ko sogok juri2 tu…hahaha

Loading...