Pensohor media sosial dan juga pelakon, Aisar Khaled mendedahkan bahawa dia memperuntukkan RM60,000 setiap minggu untuk disedekahkan kepada pengikut bertuah.
Dia yang baru-baru ini ada mencuri tumpuan netizen gara-gara telah memberikan sebuah motosikal kepada ‘rider’ viral yang kenderaannya disita baru-baru ini telah dihujani mesej peribadi di Instagram mengenai tindakannya itu.
Ujar Aisar, niat memberikan hadiah itu bukan untuk membuktikan dirinya insan berhati mulia atau kuat bersedekah sebaliknya memang sudah berniat demikian apabila mempunyai pendapatan stabil dan kukuh.
Sebenarnya setiap hari saya menerima ribuan mesej yang minta bantuan. Saya ini bukanlah badan bukan kerajaan (NGO) atau bank, saya hanya mampu beri apa yang saya ada.
Saya beri bantuan kepada sesiapa saja yang saya terdetik nak beri, tetapi tidaklah mampu berikan kepada semua orang. Saya beri motosikal dan kereta pada setiap Sabtu dan Ahad pun sebab ramai pengikut yang memerlukannya.
Menjelaskan punca pendapatan yang diperolehnya sehingga mampu memberi bantuan sebanyak itu setiap minggu, Aisar berkata duit tersebut adalah hasil perniagaan di TikTok.
Wang yang saya peruntukkan ini adalah hasil daripada perniagaan di TikTok. Dulu saya pernah berniat jika sampai satu tahap saya nak hulur bantuan kepada seberapa banyak yang mungkin.
Saya dah buat kerja (amal) ni sudah lama, tapi saya tidak kongsikan. Dulu jumlahnya pun tidak sebanyak sekarang. Alhamdulillah Tuhan beri saya rezeki untuk saya kongsi kepada orang yang memerlukan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.