Harus Patuhi Arahan Pelaksanaan PKPB, Negeri Yang Enggan Buka Semula Ekonomi Boleh Disaman

Trending

Harus Patuhi Arahan Pelaksanaan PKPB, Negeri Yang Enggan Buka Semula Ekonomi Boleh Disaman

Kerajaan negeri boleh dikenakan tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh pihak industri jika ekonomi tidak dibuka semula di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Melalui pengumuman pada 1 Mei lalu, PKPB mula berkuatkuasa semalam dengan pembukaan semula hampir semua sektor ekonomi.

Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa keputusan kerajaan persekutuan membuka semula ekonomi adalah sah dari segi undang-undang. Sebelum ini dilaporkan, beberapa negeri mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan PKPB.

Advertisement

Sekiranya kerajaan negeri tidak memberikan kerjasama untuk melaksanakan Akta 342 yang telah dijadikan undang-undang yang berkuatkuasa di seluruh negara, kerajaan-kerajaan negeri berkenaan mungkin terdedah kepada tindakan undang-undang daripada pelbagai pihak, khususnya dari pihak industri.

Merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta 342 telah digubal dan dikuatkuasakan mulai 1 April 1989 berikutan persetujuan negeri-negeri pada masa itu termasuklah Sabah dan Sarawak. Ini bagi mewujudkan satu undang-undang yang seragam bagi tujuan mencegah dan mengawal penyakit berjangkit di Malaysia dan berkuat kuasa di seluruh negara.

Tidak boleh halang

pekerja kilang

Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bersetuju dan menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak boleh menghalang mana-mana syarikat untuk memulakan operasi bermula 4 Mei.

Malah menurut Azmin, keputusan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibuat dengan penuh teliti dan berhati-hati. Ianya juga didokong oleh data dan kajian oleh Kementerian Kewangan, MITI, Bank Negara Malaysia dan Khazanah Nasional Berhad.

Pada 28 April lalu, hasil kajian berhubung keputusan itu telah dibentangkan untuk perbincangan dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri semasa Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.

“Dakwaan bahawa kerajaan memulakan semula ekonomi dalam keadaan tergesa-gesa adalah tidak benar dan tidak berasas.”

Hasil perbincangan itu, kerajaan negeri sedar sekiranya PKP dilaksanakan sehingga Jun 2020, ianya bakal memberi kesan kumulatif kehilangan pendapatan negara dianggarkan sebanyak RM146 billion atau kekurangan sebanyak 10.3 peratus KDNK.

Sebelum ini, enam negeri dilaporkan tidak akan membuka semula sektor ekonomi bermula PKPB ini sebaliknya akan meneruskan PKP. Negeri-negeri yang menangguhkan pelaksanaan PKPB antaranya ialah Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Kedah.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...