Hartanah Jadi Dana Pendidikan Anak-Anak Di Masa Depan, Pakar Hartanah Ini Tunjukkan Caranya

Trending

Hartanah Jadi Dana Pendidikan Anak-Anak Di Masa Depan, Pakar Hartanah Ini Tunjukkan Caranya

Beli rumah untuk anak. Benda ni bukan bermakna kita beli rumah sebiji dan suruh anak kita uruskan rumah tu sendiri. Kalau anak kau baru 3 tahun atau masih kat tadika takkan nak suruh dia yang carikan penyewa.

Advertisement

Haha!

Macam ni, kita kempen 1 anak 1 rumah sebagai dana pendidikan dorang.

Mungkin juga modal untuk dia mulakan bisnes nanti atau modal untuk beli rumah 15 tahun akan datang. Sila jadi parent yang berpandangan jauh.

Katakan kau ada 4 anak, dan kau beli 4 buah rumah yang berharga RM100,000 setiap satu.

Semua rumah disewakan pada kadar RM500 sebulan.

Dapatlah breakeven, sewa boleh cover ansuran bulanan kau.

Selepas 15 tahun, rumah tu naik ke harga RM207,000 katakan purata kenaikan harga tahunan adalah 5%. Sewaan pula pada masa tu bukan RM500, tapi dah naik jadi RM837, ikut kadar inflasi 3.5%. Dua ni % paling cikai.

Jadi, masa tu anak kau dah habis SPM dan mula perlukan dana pendidikan.

Kalau dapat scholarship, baguslah. Itu petanda anak kau pandai dan bertuah. Kalau tak dapat, tak payah ambil PTPTN dan kau ada pilihan lain.

Jual satu rumah. Secara kasar, kau dapat RM107,000 tunai untuk dana pendidikan anak.

Belum campur lagi prinsipal yang ditolak setiap bulan. Tak yah guna semua. Sebahagian besar lagi ajar dia untuk invest kat tempat lain.

Lepas habis study, dapat kerja, dah ada payslip.

Boleh guna duit yang ada tu sebagai modal untuk beli rumah bebanyak. Masa tu si anak takda hutang PTPTN, modal dah dalam tangan dan ada ilmu pelaburan yang matang.

Selama 15 tahun ni bukan kau bayar ansuran bulanan tu sendiri.

Semua penyewa kau yang bayarkan. Kau cuma tolong uruskan saja. Benda ni boleh dicapai dengan syarat, janganlah kau berkira dengan anak-anak.

Kita sendiri nanti tak sanggup tengok anak kita susah payah nak mulakan hidup 15 tahun akan datang.

Dunia dorang pasti lebih mencabar daripada dunia kita hari ni. Lantaklah orang kecam kita beli rumah banyak.

15 tahun lagi bukannya dia yang akan tolong bagi duit kat anak dan cucu kita.

Sediakan anak-anak kita dengan ilmu kewangan dan pelaburan supaya bila dorang habis belajar, dorang tak kemaruk nak pakai kereta Honda.

#harithfaisal

Kredit : Harith Faisal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...