Peguam yang mewakili OWA Resources, Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifli yang menguruskan kes pelanggaran kontrak perniagaan antara Sajjad dan anak guamnya bagi membekalkan produk bengkung dilaporkan telah menerima kelulusan permohonan dari mahkamah bagi membuat lelongan awam kali kedua pada hari Rabu ini, 22 Disember 2021.
Sebelum ini, urusan lelongan telah diadakan pada 14 Disember namun dicemari dengan insiden pembida yang menghilangkan diri daripada membuat pembayaran bagi harta yang berjaya dibeli individu tersebut.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah meluluskan permohonan agar lelongan awam kali kedua diadakan pada 22 Disember ini bertempat di kediaman Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman (Sajat) iaitu No.2, Jalan Polo 10.3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Pihak firma guaman kami menerima pengisytiharaan jualan yang dikeluarkan oleh mahkamah pada hari Khamis, 16 Disember lepas.
Orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong bolehlah datang ke lokasi lelongan pada hari Rabu ini.
Dalam pada itu, Nuru Hafidzah meminta orang awam yang ingin membida pada hari lelongan agar membawa wang yang mencukupi bagi memastikan bayaran dapat terus dibuat selepas proses lelongan itu.
Terdahulu, pembida yang dikenali Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol telah berjaya membuat bidaan tertinggi sebanya RM132,000 namun menghilangkan diri selepas memberi alasan keluar untuk membuat draf sejurus selepas sesi tersebut berakhir.
Malah, netizen kemudian mendapati Syazwan merupakan pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Aliff Syukri namun jutawan tersebut menafikan bahawa dia ada kena mengena dengan kontroversi tersebut.