Dua minggu disita, aset milik usahawan kosmetik penuh kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat akan dilelong pada pagi Selasa ini.
Lelongan itu dijalankan bagi urusan pampasan benilai RM200,000 yang gagal dibayar Sajat kepads syarikat OWA Resources Sdn. Bhd. yang diwakili Nurwati Hussin dan Mohamed Syakir Hussin selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik usahawan itu.
Menurut peguam yang mewakili syarikat itu, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli memaklumkan bahawa lelongan awam itu akan dijalankan di rumah Sajat yang berlokasi di No.2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Mahkamah telah meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong esok.
Orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong bolehla datang esok.
Perkara tersebut dimaklumkan peguam itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar, hari ini.
Terdahulu, proses lelongan itu merupakan langkah penyelesaian bagi mendapatkan pampasan yang gagal dibayar oleh Sajat setelah diarahkan mahkamah terlibat.