Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie telah membuat satu hantaran di Instagram akaunnya yang memaparkan seorang individu yang tidak berpuas hati dengan kehidupan mewah yang dimiliki olehnya.
Menerusi hantaran tersebut, individu itu mempertikaikan harga pakej umrah yang diambil oleh Watie, menurutnya ia terlalu mewah.
Isteri kepada pelawak itu tampil menjelaskan isu berkenaan.
Mummy terpanggil hari ini untuk buat penjelasan sebab nampaknya makin ramai yang dah terbuat fitnah tanpa sedar. Walaupun sebenarnya benda ni tak perlu pun tapi Mummy harap semoga kita dapat mengurangkan dosa sesama kita.
Soal bersedekah dan pahala ni memang seeloknya dibuat dalam diam. Tapi nampaknya bila didiamkan, makin banyak yang dah tersalah anggap. Alhamdulillah berkat menjaga anak-anak yatim rezeki yang Allah bagi pada Mummy dapat Mummy kongsi dengan suami dan anak-anak.
Dia turut berkata tidak salah sekiranya dia menghabiskan wang demi kebahagiaan rumah tangganya.
Dia berharap netizen tidak mengaitkan atau membandingkan kehidupannya dengan arwah Siti Sarah.
Tak dinafikan sedikit sebanyak ianya mengganggu kesihatan mental Mummy. Mummy pun ada hati dan perasaan. Mummy pun ada anak-anak yang perlu diberi perhatian. InshaAllah, harta arwah elok tersimpan rapi untuk anak-anaknya. Harap kita sama-sama menjaga kata-kata.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan bahawa individu tersebut kerap menyebarkan fitnah di media sosial.