Penyanyi dan pengacara, Harris Alif akui dirinya pernah berdepan dengan godaan daripada wanita lain, termasuklah rakan industrinya sendiri.
Walau bagaimanapun, Harris atau nama lengkapnya Nor Harris Alif Nor Rashidi berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan kerana sedar dirinya kini berstatus suami orang.
Menjadi-jadi godaan selepas dah kahwin, suami orang dia kata bertanggungjawab.
Tapi jangan melayan je lah. Saya ambil konsep jangan terlalu melayan, kalau melayan nanti jadi masalah juga kan. Saya pun dah sedar diri saya ni suami orang jadi kena kawal sendiri lah.
Dalam pada itu, menurut sumber, dia turut mendedahkan antara gangguan yang diterima termasuklah mesej dan gambar yang tidak senonoh.
Gambar macam-macam, mengucaplah kalau tengok. Memang tak sedap mata memandang lah orang kata lagi-lagi perempuan.
Penyanyi itu turut menegaskan dia selalu bersikap terbuka dan sentiasa berkongsi dengan isteirnya, Intan Ladyana mengenai gangguan yang diterimanya.
Memang saya kongsi. Dia gelak jela sebab dia tahu saya macam mana.
Mungkin sebab dia dalam industri, jadi dia lebih faham. Saya rasa kalau saya dapat isteri yang luar dari industri mungkin akan jadi konflik.
Sekadar info tambahan, Harris Alif dan Intan Ladyana mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Evie dan Umayr.