Harris Alif Muncul Dengan Single Baru Berjudul ‘Anugerah’,Dedikasi Khas Untuk Intan Ladyana?

Hiburan

Harris Alif Muncul Dengan Single Baru Berjudul ‘Anugerah’,Dedikasi Khas Untuk Intan Ladyana?

Pelakon dan penyanyi, Harris Alif,21, dikhabarkan telah pun muncul dengan single terbaru berjudul Anugerah, baru-baru ini.

Lagu hasil ciptaan Archie Nasution itu dikhabarkan tampil bernada romantik, di mana ianya bakal disulami bait-bait indah dan Harris ternyata telah memberikan sentuhan baru dalam lagu tersebut.

Advertisement

Harris yang ketika ditemui turut mengakui bahawa lagu tersebut turut memberi makna yang istimewa ke dalam hidupnya secara peribadi. Sudah lama tidak menyanyi dan muncul dalam dunia seni nyanyian, lagu Anugerah seolah-olah telah memberi harapan buatnya untuk kembali menyinar dalam industri muzik negara.

Malah, Harris turut tidak menolak spekulasi bahawa lagu ini ditujukan khas buat insan tersayang, Intan Ladyana. Justeru, ianya telah memberikan lebih makna meskipun dia sekadar menyampaikan idea asal Archie sebagai pencipta lagu.

View this post on Instagram

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

“Sebenarnya, pencipta sendiri menulis lirik lagu untuk isterinya yang tercinta. Hakikatnya sebagai penyanyi saya cuma meneruskan tanggungjawa untuk memberikan nyawa dalam nyanyian agar mesej yang cuba disampaikan tepat menusuk ke hati pendengar. Semestinya saya juga tujukan lagu Anugerah ini kepada seseorang yang istimewa,”

Harris yang bukan saja bergelar penyanyi, malah dia turut aktif mengacara, berlakon dan juga sebagai model. Memulakan kerjaya di dunia seni tempatan sejak berumur 11 tahun, Harris sebelum ini pernah menjuarai banyak program nyanyian antaranya Bintang Kecil RTM 2009 dan Idola Kecil 3 (2010).

View this post on Instagram

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Lagu Anugerah kini boleh didengari menerusi platform penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify dan lain-lain manakala video muzik rasmi telah pun di muat naik menerusi saluran Youtube pada tengah malam tadi. Selamat menonton!

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...