Penyanyi Zizi Kirana tampil memberikan nasihat kepada pempengaruh dan peserta Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs, susulan pelbagai kecaman yang diterimanya kerana rupa paras dan kenyataannya mengenai kriteria isteri idaman.
Menurut Zizi, Haroqs pada awalnya pelik mengapa pendapat peribadinya mengenai ciri-ciri isteri idaman sukar diterima oleh segelintir pihak.
Saya beritahu dia jangan dengar cakap netizen dan buat sahaja apa yang dia nak buat. Dia tahu fokus yang mahu dicapai.
Pasal kenyataan yang dia berikan itu, saya minta dia buat tak tahu sahaja. ‘Langau-langau’ itu memang sentiasa ada. Jangan layan.
Zizi berkongsi perkara itu selepas pertunjukan fesyen koleksi terbaharu Hatta Dolmat sempena Fashionably Modest Asia 2025.
Zizi turut menegaskan bahawa citarasa seseorang terhadap pasangan idaman tidak sepatutnya dijadikan bahan kecaman.
Dia taklah mengadu, cuma dia pelik kenapa orang tak boleh terima pendapatnya. Setiap orang ada cita rasa masing-masing. Apa yang bagi dia cantik atau kacak, orang lain mungkin tak sama.
Perkara seperti itu tak perlu sampai dipertikaikan. Tak kacau hidup orang pun, relaks sahaja.
Terdahulu, nama Haroqs menjadi bualan warganet selepas video temu bualnya tular, di mana dia berkongsi ciri-ciri isteri idaman. Selepas itu, dia menerima pelbagai sindiran termasuk komen mengenai rupa parasnya.
Zizi berharap Haroqs kekal fokus dan tidak terjejas dengan kecaman yang tidak membawa manfaat.
Peminat turut memuji Zizi kerana memberikan kata-kata semangat yang matang dan berpijak pada realiti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
