Pelakon Atiq Azman tampil tenang menjawab sindiran seorang pengguna Threads yang kurang senang melihat limpahan rezeki buat keluarga kecilnya.
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama penuh Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 25, berkongsi semula komen individu terbabit bersama beberapa foto.
Difahamkan, individu berkenaan mempertikaikan kejayaan Atiq membeli kereta baharu setelah sebelum ini tular dirinya mencari kerja sambilan.
Hari itu kata tiada kerja, tiba-tiba beli kereta pula. Melayu oh melayu.
Tidak cepat melatah, Atiq sebaliknya membalas dengan titipan doa buat pengkritiknya.
Saya doakan abang dipelihara Allah daripada rasa sempit dada bila tengok rezeki orang lain. Sebab kadang iri hati itu lebih berat daripada hutang duit.
Semoga Allah murahkan rezeki abang, cukup untuk tampung diri sendiri tanpa perlu sibuk kira poket orang.
Moga panjang umur bukan sekadar bernafas, tapi untuk belajar syukur kerana rezeki Allah tidak pernah salah alamat
Terdahulu, Atiq menjadi perhatian apabila memaklumkan hasrat mencari kerja sambilan untuk menambah pendapatan.
Namun tidak lama selepas itu, pelakon drama Budak Tebing ini mengejutkan ramai apabila menghadiahkan sebuah kereta baharu jenis Toyota Alphard kepada isteri tercinta.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.