Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam memaklumkan bahawa perkahwinan kawan baiknya, Ira Kazar masih bahagia bersama suami, pengarah Syamsul Yusof.
Ujar Nilam, dia berasa terkejut dengan spekulasi yang timbul itu dan terus menghubungi Ira bagi mendapatkan penjelasan.
Ira kemudian menafikan dakwaan itu dan mengakui masih bahagia menjalani kehidupan rumah tangga mereka.
Memang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira sebelum temu bual ini untuk dapatkan kepastian, dia cakap tiada pun isu cerai ini.
Semasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggal Ira di rumah saya dan dia keluar ke tempat lain.
@irakazar_ Sundubu Jjigae ??? #KoreanFood #SundubuJjigae
Saya lihat mereka Alhamdulillah bahagia, cuma mereka tak post di media sosial. Ya la sebab kena kecam kan siapa je nak post.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.