Dengan sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri kepada Ubai Mz atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Shila, ND Lala dan menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 namun mereka memilih untuk merahsiakan hantaran.
Ramai peminat mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dan mendoakan agar rumah tangga dibina berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Dalam pada itu, reaksi pempengaruh media sosial tersebut yang dilihat malu malu ketika upacara batal air sembahyang mengundang respon warganet di TikTok.
Menerusi video itu, Ubai dilihat menarik nafas panjang sebelum memulakan upacara berkenaan kemudian membaca doa sambil meletakkan tangan di kepala Shila dan mencium dahinya.
Aik haritu dekat kedai makan pegang-pegang tangan. Ni malu pulak.”
Ramai pengguna media sosial memberi komen sinis dan menyindir pasangan tersebut kerana sebelum ini pernah dilihat berpegangan tangan di tempat awam.
Malah, ada individu yang turut mendakwa pernah ternampak Shila dan Ubai memeluk pinggang sebelum ini.
Sementara itu, sesetengah individu berpendapat bahawa Ubai berasa gementar kerana disaksikan ramai orang dan pertama kali mencium dahi wanita yang telah sah bergelar isterinya.