Sebelum ini, usahawan dan juga pensohor media sosial Cik Epal mendakwa dirinya telah dilarang bertemu kedua-dua anaknya iaitu Han dan Yuki ketika di bawah jagaan bekas suami, Jofliam.
Berikutan itu, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud telah menyerahkan surat komital kepada bekas suaminya itu beberapa hari yang lalu.
Terbaru, Jofliam yang juga pembuat piza dari rumah memaklumkan pihak mahkamah telah meluluskan permohonannya bagi membatalkan prosiding komital yang difailkan Cik Epal itu.
Alhamdulillah, hari ini mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk memasukkan permohonan secara bertulis bagi membatalkan prosiding komital yang difailkan terhadap saya. Alhamdullilah. Saya juga percaya, niat yang betul pasti akan mengatasi semua benda.
Berikutan itu, ramai netizen tampil mempersoalkan tindakan Jofliam yang sebelum ini begitu menginginkan komital daripada Cik Epal namun kini bertindak membatalkannya semula.
Terdahulu, konflik penjagaan anak antara kedua-dua figura ini menjadi sorotan gara-gara keengganan Jofliam menemukan kembali Han dan Yuki kepada Cik Epal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.