Terungkai sudah misteri tentang siapakah Perdana Menteri ke-10 yang akan memimpin negara setelah YDPA memperkenan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Rakyat dilihat menyambut baik mengenai pelantikan itu termasuklah rakan-rakan artis dan juga ahli-ahli politik di Malaysia dan dunia.
Turut menjadi tumpuan apabila pengulas isu media sosial terkenal, Caprice ada membuat video khas bagi mengucapkan tahniah kepada DS Anwar Ibrahim di atas perlantikan itu.
View this post on Instagram
Dalam video itu, Caprice sempat menyelit sekeping foto yang memaparkan dia bersama-sama figura politik itu di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengambil kesempatan untuk membuat ucapan penghargaan dan tahniah kepada Perdana Menteri ke-10 itu malah ada juga yang meminta agar Caprice bekerjasama dengan Anwar Ibrahim bagi tujuan memakmurkan negara.
Namun begitu, ada juga yang mengkritik pelantun lagu Baby Sayang ini sebagai seorang yang hipokrit dan ‘lalang’ gara-gara sokongan yang ditunjukkannya kepada parti politik yang lain sebelum ini.
Terdahulu, Caprice ada mengkritik parti DAP dan memainkan sentimen agama selain menggesa Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi untuk meletakkan jawatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.