Menjadikan seekor anjing kudung sebagai anak angkat, seorang wanita yang dikenali sebagai Nurull Ain mengucapkan terima kasih buat selebriti versatile, Harith Iskander kerana sudi menyambut baik kedatangan anjing malang itu dalam kehidupannya.
Menurut Nurul, beliau amat mengagumi sifat penyayang yang wujud dalam diri harith dan isteri meskipun ramai dalam kalangan masyarakat kini seakan memandang anjing sebagai haiwan yang hina.
Perkara itu dikongsi Nurull sendiri di laman Instagram miliknya memaparkan foto Harith dan isteri bersama anjing kudung yang bernama Marvela.
View this post on InstagramAdvertisement
“Thank you @drjezaminelim & husband encik Harith iskander sudi untuk menjadikan Marvela sebagai temporary adopter @ anak angkat.”
Ujar Nurull, dalam islam sendiri kita diajar untuk berbuat baik kepada haiwan dan menegaskan perkara itu lebih mulia andai kita menjaga anjing untuk tujuan memburu atau memberi perlindungan.
Sementara itu, menjengah ke akaun Instagram Harith, beliau mendedahkan Marvella akan tinggal bersama keluarganya dan akan membawa anjing tersebut bertemu Nurull setiap bulan.
Harith juga berkata, beliau terlintas untuk menjadikan anjing tersebut sebahagian daripada hidupnya kerana isterinya, Dr Jezamine Lim pernah terbaca kisah viral berkenaan Marvella.
Oleh itu, kedua-dua mereka bersepakat untuk menyelamatkan dan memberi perlindungan kepada anjing tersebut.
“Setelah berbincang dengan Nurull, kita semua sepakat tentang “Foster home” di mana Marvella akan tinggal bersama kami dan kami akan membawanya bertemu ‘heronya’ (Nurull Ain) setiap bulan.”

Anonymous
June 27, 2020 at 5:27 pm
DIE DAH AMIK MESTI DIE TAHU CARA NAK JAGA. HARITH NI BUKAN ORANG BODOH TAK TAHU HALAL HARAM…..
jgn nampak sgt mengata org bodoh…sbb statement encik/cik pun mcm xberapa pandai..
kalau dia tau halal haram…orang islam mazhab mana satu boleh dedahkan aurat wanita?…
so nak bg menegak benang yg basah atau nk mengampu tu rasanya kurang kene…
kdg fans so pandai…
Anonymous
June 25, 2020 at 4:40 pm
Alhamdulilah
G
June 25, 2020 at 1:32 pm
Bodoh lh komen dh xde binatang lain nk bela..klu ko animal lover ia dipggil rescurer..mna elok ank pk amin bertatu teanjg atau slmtkn anjng…
Anonymous
June 25, 2020 at 11:41 am
ORANG YANG KOMEN KECAM NI BODOH. KAU MENGATA DIE. AT LEAST DIE BUAT KEBAIKAN KAU DUK MENGATA DAPAT DOSA DAPAT BODOH
Anonymous
June 24, 2020 at 2:35 pm
Jaga kebersihan je la ya. Malas komen lain
Nananana
June 24, 2020 at 8:59 pm
Tulah macam xde binatang lain nk bela. Hmm tahlah pikir la sendiri
Anonymous
June 25, 2020 at 11:42 am
DIE DAH AMIK MESTI DIE TAHU CARA NAK JAGA. HARITH NI BUKAN ORANG BODOH TAK TAHU HALAL HARAM