Harith Iskander, Cecelia Yap Dikompaun RM10,000

Berita

Harith Iskander, Cecelia Yap Dikompaun RM10,000

Pelakon dan pelawak, Harith Iskander serta Cecelia Yap Song masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kompaun tersebut berkaitan dengan kesalahan memuat naik kandungan serta komen jelik mengenai agama Islam di Facebook pada bulan lalu.

Advertisement

Dalam satu kenyataan, SKMM memaklumkan bahawa kompaun itu dikeluarkan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

Meta telah menurunkan kandungan tersebut dan permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat.

Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta

Cecelia didakwa mencetuskan kontroversi melalui hantaran yang berunsur penghinaan terhadap agama Islam berkaitan isu ‘ham’, manakala Harith Iskander dikatakan memuat naik gambar segelas kopi yang dinamakan hamsap kopi dengan harga RM5.50.

Dalam hantaran itu, pelawak tersebut menyatakan bahawa dia berasa keliru dan imannya tergugat kerana perkataan ‘ham’ digunakan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, SKMM turut memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Khamis berkaitan video yang mempersendakan agama Hindu, yang dimuat naik ke akaun TikTok stesen radio Era FM.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jakim
21 hours ago

"Malaysia MADANI Menekankan Nilai Hormat-Menghormati.." - JAKIM Kesal 3 Penyampai Radio Persenda Agama Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...