Sedia maklum, hari ini merupakan tarikh yang dinanti-nantikan buat pelakon jelita, Puteri Sarah setelah sekian lama menunggu.
Sebelum ini, difahamkan Syamsul Yusof iaitu suami kepada pelakon tersebut telah pun bersetuju untuk melepaskan isteri pertama pada tarikh 18 April, hari ini.
Melalui hantaran video di Instagram, Puteri Sarah yang memakai baju serba putih kelihatan teruja untuk dilepaskan oleh Syamsul.
View this post on Instagram
Harini Sarah pakai macam fashion show. Baju baru ni.
Apabila disoal perasaannya ketika ini, pelakon tersebut tidak sabar untuk membuka buku baru selepas dirinya sah bercerai dengan Syamsul.
Dalam pada masa yang sama, wartawan turut bertanya kenapa sering memilih baju berwarna putih sewaktu hadir ke mahkamah dan Sarah berkata dia tidak mahu kelihatan depresi jika memakai baju hitam serta merasakan warna putih lambang mahu mulakan hidup baru.
Sekadar info, setelah berbaik pada awal bulan Ramadan, Syamsul Yusof bersetuju untuk melepaskan Puteri Sarah dan menarik semula kes nusyuz kerana memikirkan anak-anaknya.